Sistem
maklumat dan kelebihan persaingan merupakan topic yang akan kita kupas kali
ini.Dengan adanya system malumat tanpa sempadan sesiapa sahaja boleh mengakses
laman-lan sesawang bagi mendapat maklumat tertentu. Ini termasuklah mengakses
data peribadi seseorang atau sesebuah organisasi.Dengan adanya juga sistem
maklumat ini juga memudahkan sesebuah organisasi untuk mendapatkan maklumat
dengan lebih cepat dan tepat.Sistem maklumat ini juga dapat memberikan kemudahan
kepada organisasi mengakses maklumat dengan lebih efisyen.
Bagi
organisasi yang menjalankan perkhidmatan dan perniagaan kepada pengguna sudah
pasti tidak terlepas dengan pelbagai persaingan secara sihat ataupun tidak
sihat.Pesaing juga merangkumi dari dalam negara dan luar negara .
Pesaing-pesaing yang wujud mampu mengugat prestasi dan pengeluaran sesebuah
organisasi itu. Pesaing-pesaing tersebut mampu mengugat organisasi yang baru
ataupun yang telah lama bertapak. Disini kita boleh
melihat pesaing-pesaing yang wujud ini merupakan
satu perkara yang baik sekiranya organisasi lebih positf menjadikannya sebagai
satu aset dan cabaran untuk meningkatkan kualiti perniagaan dan perkhidmatan
yang diberikan. Oleh yang demikian, sitem maklumat merupakan satu sistem yang
sangat penting. Peranan sistem maklumat adalah penting dalam meningkatkan
kelebihan dan keburukan pesaing supaya organisasi menjadi sebuah organisasi
yang mantap dan kuat serta dapat menunjukkan pencapaian yang tinggi seterusnya
akan digeruni oleh pesaing yang lain.
Bagi memastikan organisasi
mampu bersaing dengan organisasi yang lain, organisasi perlu membangunkan kuasa
daya saing seperti yang telah saya pelajari dalam pembelajaran saya yang lepas.
Berikut adalah yang perlu diberi perhatian oleh organisasi bagi memastikan
organisasi terus maju dan berkembang di persada dunia perniagaan :
Persaingan daripada pesaing dalam industri
Setiap perniagaan dan perkhidmatan yang
ditawarkan semestinya mempunyai persaing yang mampu menggugat sesebuah
organisasi. Contoh persaingan diantara pengeluar Perodua dan Proton telah lama
berlaku. Disebabkan inilah pada setiap tahun akan terdapat produk baru yang
diciptakan oleh kedua-dua pengeluar. Sebagai contoh, Kereta MYVI Se yang baru
dengan slogan "MYVI Lagi Best". Penciptaan kenderaan ini telah
dipasarkan dengan harga yang sesuai mengikut citarasa dan kelayakan pengguna
pada masa sekarang.
Kemasukan pesaing baru ke dalam industri dan pasaran
Kemasukan pesaing baru dilihat mampu
menjadi pesaing kepada pesaing sedia ada dalam industri dan pasaran perniagaan.
Sebagai contoh, MPV Model Chery (Easter) dilihat pesaing kepada Perodua
(ALZA) dan Proton (EXORA) di Malaysia. Kadar faedah yang rendah yang dikenakan
kepada kereta-kereta import menjadi faktor pengguna memilih kenderaan import
berbanding kenderaan Malaysia. Selain itu boleh dilihat pengguna lebih gemar
menggunakan kenderaan import kerana kekuatan dari segi pembuatan kereta adalah
kuat berbanding dengan pembauatan Malaysia. Saya bukanlah hendak menjatuhkan
prestasi keluaran dari Malaysia tetapi itulah yang sebenarnya berlaku di
Malaysia pada masa kini. Organisasi perlu memikirkan cara bagaimana dengan
menggunakan sistem maklumat untuk memastikan pengeluaran produk mereka mendapat
tempat di hati pelanggan serta cara bagaimana dapat menarik minat pengguna
terutama masyarakat di Malaysia amnya.
Gantikan produk yang boleh menawan penguasan pasaran
Persaingan yang terlalu banyak dikalangan
organisasi memerlukan sesebuah organisasi menghasilkan produk yang lain dari
lain bagi menawan pasaran tempatan secara amnya. Permintaan yang tinggi
disertai dengan pengeluaran minyak dunia yang semakin tidak menentu sedikit
sebanyak mempengaruhi pasaranl. Menghasilkan kenderaan mengunakan kuasa
elektrik @ NGV merupakan satu alternatif bagi mengatasi kenaikan harga petrol
dalam pasaran dunia. Kepelbagai model kenderaan yang ditunjukkan oleh Proton
dengan melancarkan kenderaan menggunakan kuasa elektrik dilihat satu cara
persaingan kerana Perodua belum mengeluarkan kenderaan yang menggunakan kuasa
elektrik. Malahan ini dapat menaikkan lagi pasaran Proton.
Kuasa penawaran oleh pengguna
Pengguna pada masa kini lebih suka
menggunakan televisyen LD kerana ia sangat elegan, menarik dan engikut citarasa
pengguna. Dan kerana inilah syarikat-syarikat seperti SONY, SHARP, SAMSUNG,
PANASONIC, LG, TOSHIBA telah mengeluarkan televisyen LED ini. Pengeluaran
televisyen LED dibuat mengikut kemampuan pengguna juga.yang mengeluarkan
televisyen LED ini.
Kuasa penawaran oleh pembekal
Kuasa pada pembekal pula adalah dimana
pembekal tidak mempunyai persaingan dari organisasi lain dan merupakan
organisasi tunggal yang menjalankan perniagaan dan perkhidmatan tersebut.
Sebagai contoh, di Malaysia perkhidmatan pengangkutan keretapi hanya ditawarkan
oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM) sahaja, pengguna tidak mempunyai pilihan
seperti pengangkutan awam bas yang mempunyai banyak pilihan. Malahan pada zaman
sekarang ini ramai pengguna hendak menggunakan kenderaan sendiri berbanding
dengan menggunakan perkhidmatan seperti keretapi kerana ianya mengambil masa
yang agak lama bagi setiap perjalanan.
Competitive strategies
Cost leardership
Pada masa kini terdapat organisasi yang
menawarkan perniagaan atau perkhidmatan dengan harga yang lebih murah dengan
kualiti produk dan perkhidmatan yang sama atau lebih baik dari pesaing. Sebagai
contoh, syarikat penerbangan tambang murah Air Asia dan Firefly, kedua-duanya
merupakan syarikat tambang murah. Namun begitu, keupayaan Air Asia untuk
menawarkan kadar tambang yang jauh lebih murah sekiranya tempahan awal dibuat
dengan taburan penerbangan yang lebih banyak disediakan menjadi pilihan mengapa
ramai pengguna memilih Air Asia berbanding Malaysia Airlines (MAS). Kita
sebagai pengguna boleh melihat pasaran pada masa kini boleh dikatakan Air Asia
sedang berkembang maju dan mampu bersaing dengan Malaysia Airlines (MAS).
Kepelbagaian strategi
Terdapat organisasi menawarkan perbezaan
dari segi produk yang di tawarkan ataupun memberikan tumpuan kepada strategi
pemasaran bagi menarik minat pelanggan mendapatkan produk mereka. Syarikat
pengedar emas Goldcrest Pavilion Sdn Bhd merupakan sebuah organisasi yang
menjalankan perniagaan barang kemas dengan mutu ketulinan emas 999 untuk setiap
barang kemas yang dihasilkan. Produk barang kemas ini merupakan kelainan
berbanding emas yang dijual di kedai-kedai emas biasa atau pun jenama Public
Gold, Poh Kong, Wah Chan dan sebagainya yang turut mempelopori perniagaan
barang kemas tetapi bukan barang kemas dengan ketulinan emas 999. Itulah satu
strategi pasaran yang dibangunkan dan gunakan oleh Syarikat pengedar emas
Goldcrest Pavilion Sdn Bhd.
Innovation strategy
Terdapat pelbagai organisasi mengeluarkan
produk dan perkhidmatan yang unik yang tidak ditawarkan oleh organiasasi lain.
Sebagai contoh, Syarikat TESCO di luar negara memberi inovasi kepada
perkhidmatan mereka apabila berjaya menghasilkan troli berteknologi tinggi
dengan penimbang yang boleh memaparkan jumlah kalori yang
terkandung dalam ayam yang dijual di pasaraya tersebut. Ini secara tidak
langsung membantu pengguna mengenalpasti kandungan kalori setiap makanan yang
dipilih dan ini akan dapat mengurangkan kadar obesiti dan mengekalkan tahap
kesihatan yang baik bagi pengguna disana.
Growth strategy
Mempelbagaikan produk atau perkhidmatan
sedia ada selain dari produk utama.Contohnya Mc Donald yang tidak hanya menjual
ayam dan burger sahaja, mereka mempelbagai produk seperti aiskrim, kentang
goreng,pai pelbagai perasa. Secara tidak langsung pengguna dapat menikmati
makanan bukan sahaja burger atau ayam goreng tetapi juga terdapat pilihan lain.
Alliance strategy
Strategi penggabungan bertujuan untuk
menjimatkan dan mengurang kos bagi organisasi yang bergabung. Penggabungan
syarikat biasanya terjadi kepada syarikat mengalami kerugian. Strategi ini amat
berguna. Organisasi yang bergabung akan berkongsi kos pentadbiran dan beberapa
jenis kos yang lain selain sebilangan besar pekerja akan diberhentikan untuk
memadatkan sumber manusia bagi syarikat yang bergabung. Sebagai contoh,
pengambilalihan Southern Bank Berhad (SBB) bernilai USD 1.8 bilion oleh
Bumiputra Commerce Holding Bhd (BCBH) dalam CIMB Group . Berikutan
pengambilalihan itu, semua cawangan bank komersil milik CIMB Group iaitu
Bumiputra Commerce Bank (BCB) dan SBB ditukarkan kepada nama baru CIMB Bank.
Selain itu baru-baru ini tedapat juga pengambilaliahan Eon Bank Berhad oleh
Hong Leong Bank. Ini secara tidak langsung dapat membantu dan mengukuhkan
sistem perbankkan bank berkenaan.
Kesimpulan
Bagiku persaingan mendatangkan kesan yang
lebih kepada positif berbanding negatif. Dengan adanya persaingan diantara
sesebuah organisasi dengan organisasi yang lain, organisasi yang terlibat akan
mula mencari jalan lain bagi memajukan lagi perniagaan mereka seperti
mempelbagaikan produk dan lain-lain lagi.
Rujukan
http;//
business.clemson.edu//SE/html/information_system_for_compet.html
http://business.clemson.edu/ISE/html/information_systems_for_compet.html
Anonymous. (2009, October). Porter five forces analysis.
Retrieved 03 9, 2012, from Wikipedia The Free Encyclopedia:
http://www.wikipedia.org/
No comments:
Post a Comment