Sunday, December 9, 2012

Kesimpulan



Sistem Maklumat Sumber Manusia merupakan aset terpenting yang diperlukan oleh sesebuah organisasi bagi melancarkan segala proses kerja bagi mencapai objektif organisasi. Penggunaan sistem maklumat mampu menjimatkan masa apabila tiada lagi borang-borang manual yang perlu diisi dan mampu menjimatkan kos kesan dari segala proses mengemaskini data dan permohon boleh dibuat melalui atas talian. Segala proses membuat keputusan akan dapat dijalankan dengan lebih cepat dan mampu meningkatkan produktivit dan memberikan tanggapan positif kepada organisasi luar. Selain itu juga persekitaran kerja yang lebih baik dapat diwujudkan apabila tiada lagi kerja-kerja manual yang remeh yang perlu diselesaikan. Kesemua ini mampu melahirkan pekerja yang mampu bekerja dengan lebih proaktif dan sekaligus meningkatkan keuntungan kepada organisasi.


Saturday, December 8, 2012

Pengenalan

assalamualaikum....wadah diungkap pembuka bicara salam dihulur.Welcome to my small blog world.I hope we can share  anything informations.Adios amigos all the best,if you cant be the best do the best.Thing positive Allah with us....



Pengenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera sebagai pembuka bicara kepada semua pembaca blog yang baru di buat ini. Blog ini disediakan kerana subjek Sistem maklumat sumber manusia yang telah diajar oleh Dr Nur Naha binti Abu Mansor. Membuat blog ini merupakan tugasan yang perlu dilakukan oleh kami pelajar system maklumat sumber manusia.Saya nie baru je berjinak-jinak belajar membuat blog jika ada kekurangan dalam blog nie harap dimaafkan yee.
Sebelum memulakan bicara kita lebih jauh tentang subjek ini.Mari kita kupas terlebih dahulu apa itu system maklumat sumber manusia. Menurut Ward al (1990) menyatakan penggunaan teknologi maklumat mampu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sesuatu operasi dalam sesebuah organisasi.Contoh adalah sepertimana ditempat saya bekerja sekarang. Organisasi telah menyediakan pelbagai sistem bagi memasrikan semua maklumat dapat disimpan dan dicapai dengan cepat oleh pengguna. Sistem Maklumat adalah kombinasi-kombinasi yang terdiri daripada manusia, rangkaian dan data yang bertanggungjawab mewujud, mengumpul, menukar dan mengagihkan maklumat kepada pengguna. (http://ihashimi.aurasolution.com/networking/pengenalan_sistem_maklumat.pdf)
             Contoh yang lain adalah pemberian gaji. Organisasi telah menggunakan Sistem Saga untuk sebarang urusan yang berkaitan dengan kewangan. Sistem Saga telah digunapakai untuk tuntutan elaun, pembayaran kepada pembekal serta pemberian gaji dan sebagainya. Kami sebagai kakitangan boleh melihat slip gaji di dalam Sistem Saga. Kami boleh mencetak penyata gaji bagi bulan yang berkenaan. 
            Oleh itu bagi organisasi yang baru  atau yang telah lama bertapak dan masih mengunakan semua secara manual, saya mencadangkan agar bertukarlah kepada penggunaan sistem bagi memastikan organisasi dapat bersaing dengan organisasi yang lain.