Pengurusan Prestasi


PENGURUSAN PRESTASI
Setelah kita selesai melakukan sesuatu tugasan kita akan dinilai di sesebuah organisasi. Penilaian yang diambil oleh sesebuah organisasi dengan organisasi lain adalah berbeza. Bagiku  penilaian penting bagi meningkatkan lagi mutu dan prestasi kerja didalam sesebuah organisasi. Terdapat pelbagai cara penilaian dalam organisasi antara yang kita akan kupas ialah pengurusan prestasi. Didalam sesebuah organisasi terdapat satu sistem pengurusan prestasi bagi megendalikan penilaian pada sesuatu masa.Pengurusan tersebut akan  mengendalikan penilaian atau beberapa siri penilaian pada sesuatu masa dan merupakan satu bahagian yang penting di dalam bidang pengurusan sumber manusia. Majikan sepatutnya memberi pekerja sokongan dan keadaan yang sesuai kepada kakitangan bagi mendapatkan keputusan penilaian prestasi yang di kehendaki.
Disini mengikut kefahamanku diantara perkara-perkara yang perlu diambil kira oleh majikan dalam menilai prestasi kakitangan adalah seperti berikut :-
·         Memberi program latihan dan pembangunan kepada pekerja supaya mereka dapat mencapai prestasi yang dikehendaki.
·         Mengubahsuai pengukuran sasaran , keutamaan dan prestasi berdasarkan kepada perubahan di dalam keutamaan organisasi,pasaran,dasar kerajaan dan sebagainya. Dalam sesuatu pengurusan prestasi, pekara yang perlu dipertimbangkan ialah prestasi pengurus yang cemerlang dan menjadi contoh kepada pekerja yang lain. Sesuatu cara pengurusan bergantung kepada beberapa faktor iaitu personaliti individu, suasana tempat kerja, ukuran masa dan budaya sesuatu organisasi.
Bagiku untuk mendapatkan pengurusan prestasi yang berkesan setiap yang dinilai perlulah mempunyai panduan seperti menurut Prof. Dr. Mohd Kamal Hassan " Sekiranya pendekatan pengurusan moden membenarkan profesional ( termasuk pengurus ; pentadbir ) berpegang teguh kepada 'share value' sesuatu organisasi tanpa mengambilkira samada bercanggah atau tidak dengan sistem nilai yang lebih besar yang wujud di luar profession, maka di dalam Islam kesetian kepada perintah Allah dan Rasul wujud nilai utama yang mengatasi segala nilai-nilai lain yang wujud di dalam sesuatu sub-sistem atau sub budaya".( Shahrom, 1962 ).
Bagiku Imbuhan prestasi merupakan satu eleman yang penting dalam proses pengurusan prestasi kakitangan, dimana ia memberi penghargaan kepada pencapaian yang telah diperolehi. Ianya boleh dibuat dalam bentuk seperti pujian, peluang untuk latihan dan pembangunan serta kenaikan pangkat. Manusia sangat mengambil berat sekiranya imbuhan dalam penilaian prestasi berbentuk ganjaran kewangan. Apabila adanya tekanan dalam perniagaan untuk meningkatkan prestasi reaksi yang biasa dibuat oleh kebanyakan pengurus ialah untuk mendapatkan keputusan yang cepat walaupun mereka tidak mempunyai sistem yang komprehensif dalam sesuatu pengurusan prestasi.
Objektif prestasi yang berhubung dengan pembayaran adalah :-
·         Untuk motivasi pekerja apabila mereka diberi penghargaan yang mempunyai kaitan terhadap daya usaha mereka.
·         Untuk meningkatkan fokus dan komitmen pekerja dalam mencapai objektif.
·         Untuk membantu pembangunan budaya prestasi dan pengukuhan budaya yang sedia ada.
·         Untuk penghargaan kepada individu yang mengambil bahagian dalam kejayaan organisasi.
·         Untuk menolong melatih dan menentukan kakitangan yang berkualiti tinggi.
·         Untuk memastikan imbuhan adalah sejajar dengan prestasi organisasi.
·         Atasi sebab ekuiti, ianya diterima agar mereka yang banyak melibatkan diri harus menerima penghargaan atau imbuhan yang tertinggi.
·         Untuk mencapai objektif organisasi, beberapa bayaran insentif boleh dibuat.
·         Untuk menggalakan fokus terhadap prestasi individu ataupun pasukan ianya bergantung terhadap keperluan organisasi.
Kesimpulan bagiku ialah  Kedua-dua belah pihak iaitu majikan dan kakitangan mestilah peka dengan objektif utama penilaian di dalam pengurusan prestasi bagi membantu membangunkan kemahiran individu dan mencapat matlamat sesebuah organisasi. . Pengurusan prestasi yang cekap dan berkesan bukan sahaja memberi keuntungan atau faedah kepada kaitangan serta majikan itu sendiri, malah ianya menyumbang kepada persaingan yang sihat di antara organisasi itu sendiri dan oraganisasi lain dan seterusnya kepada sistem sosial dan kerajaan sesebuah negara.

Rujukan:
sarjana.tripod.com/prestasi1.html
www.eghrmis.gov.my/soalan-lazim/.../24-pengurusan-prestasi

No comments:

Post a Comment