Sebelum
saya mula menerangkan apa itu pengambilan dan pemilihan pekerja kit abaca
terlebih dahulu menurut pendapat Huselid(1994) serta Stewart dan
Knowles(2000).Menurut mereka pengambilan dan pemilihan pekerja akan mempengaruhi
prestasi organisasi dalam mengeluarkan output atau mencapai matlamat
organisasi.Menurut fahaman saya pemilihan dan pengambilan kerja yang tepat
dapat memastikan mutu kerja bagi sesebuah organisasi meningkat dan seterusnya
mencapai sasaran yang dikehendaki.Menurut Gatewood dan Field(1994) serta
Scholarios,Lockyer dan Johnson (2003) menyatakan pengambilan dan pemilihan
pekerja merupakan satu proses bagi mengumpul & menilai maklumat seseorang
individu dalam proses memberikan sesuatu pekerjaan.
Bagi
menjamin kejayaan dalam pengurusan sumber manusia pengambilan dan pemilihan
pekerja amat penting dalam sesebuah organisasi.Tanpa strategi yang betul dalam
pemilihan dan pengambilan pekerja sesebuah organisasi akan mengalami kesan yang
negatif. Sebenarnya tujuan umum pengambilan dan pemilihan pekerja adalah
untuk mencari pekerja yang terbaik bagi sesuatu jawatan yang bersesuaian
(picking the right person for the right job). Di samping itu pihak pengurusan
atasan harus memastikan kuantiti dan kualiti sumber manusia dalam organisasi
dapat menyokong segala misi, visi, matlamat dan strategi organisasi. Atas dasar
inilah pengambilan dan pemilihan pekerja dijalankan dengan teliti dan mengikut
prosedur yang telah ditetapkan.
Mari saya teerangkan dengan lebih lanjut mengenai apakah tujuan
sebenar pengambilan pekerja ini dijalankan di setiap organisasi. Contoh di organisasi saya bekerja, pengambilan
pekerja baru akan dilakukan oleh Bahagian Sumber Manusia. Pengambilan pekerja
adalah untuk mengisi kekosongan jawatan yang terdapat di dalam organisasi.
Bahagian Sumber Manusia akan memaparkan kekosongan jawatan di
dalam laman sesawang dan juga didalam laman organisasi sendiri. Sebagai contoh,
baru-baru ini kekosongan jawatan telah dipaparkan dan dimaklumkan kepada pengguna
didalam laman sesawang seperti di www.jobmalaysia.gov.my. Bagi pemohon yang
telah mengisi kekosongan secara online, mereka akan menerima surat panggilan
temuduga dan mereka akan diterima bekerja sekiranya telah memenuhi
kelayakan dan syarat yang telah ditetapkan oleh organisasi.
Setakat ini saya harapkan anda telah memahami apa yang dikatakan
dengan pengambilan dan pemilihan pekerja.Bagi memastikan sesebuah organisasi
bergerak seiring dengan matlamat atau visi yang dikehendaki pengambilan dan pemilihan
pekerja sangat penting.
Diantara kebaikan Sistem e-recruitment ialah , majikan dapat mengurangkan kos pengiklanan yang
seringkali dilakukan di zaman sebelum wujudnya sistem ini. Kini majikan hanya
perlu mengiklankan pengambilan pekerja secara dalam talian dan tidak perlu
mengupah orang untuk melakukan pengiklanan manual seperti penyediaan
risalah-risalah pengiklanan. Selain itu dengan pengambilan pekerja dalam talian
dapat membantu pekerja lain yang menguruskan pengambilan pekerja dengan lebih
cekap dan efisyen. Malahan majikan juga tidak perlu menyewa tempat dan ruang
untuk mengadakan proses pengambilan pekerja. Selain itu, bagi calon pula,
mereka hanya duduk di hadapan komputer yang mempunyai sistem dalam talian di
mana-mana sahaja tanpa perlu pergi ke tempat tertentu untuk menjalani proses
pengambilan pekerja dan sekaligus menjimatkan masa calon dan pekerja itu
sendiri. Selain itu ianya turut dapat meningkat celik komputer dikalangan
pengguna masa kini. Ia juga meningkatkan kualiti calon iaitu majikan dapat
memilih calon yang benar-benar sesuai dengan permintaan yang diperlukan.
Manakala diantara kelemahan system ini pula ialah , majikan agak
sukar untuk mengenalpasti maklumat peribadi yang diberikan calon adalah benar
dan ia memerlukan masa untuk menentukan kesahihan data tersebut. Sistem ini
mempunyai risiko yang tinggi keatas kehilangan data akibat digodam oleh pihak
luar dan jaringan keselamatan ke atas talian ini adalah amat rendah dan peluang
untuk kehilangan maklumat adalah amat tinggi. Organisasi tidak boleh bergantung
sepenuhnya terhadap sistem atas talian ini jika terjadi sesuatu seperti
ketiadaan eleketrik dan jika elektrik tiada program tersebut tidak dapat
dijalankan.
Kesimpulan,
pada pandangan saya terdapat kebaikan dan kelemahan dalam sistem ini. Oleh itu
pihak majikan harus memikirkan cara yang lain dan tidak bergantung sepenuhnya
kepada sistem ini.
Rujukan :
Sector Management, 13(4), 369-382 Min, J. C., &
Kleiner, B. H., (2001). How to hire employees effectively. Management Research
News, 24(12), 31-38.
Huselid,
M. A., (1994). Documenting HR’s effect on company performance. HR Magazine, 39,
79-85.
Stewart, J., & Knowles, V., (2000). Graduate recruitment and selection practices in small businesses. Career Development International Journal, 5(1), 21-38.
Gatewood, D., & Feild H. S., (1994). Human Resource Selection. USA: The Dryden Press .
Stewart, J., & Knowles, V., (2000). Graduate recruitment and selection practices in small businesses. Career Development International Journal, 5(1), 21-38.
Gatewood, D., & Feild H. S., (1994). Human Resource Selection. USA: The Dryden Press .
No comments:
Post a Comment