Sistem Maklumat Sumber Manusia merupakan aset terpenting
yang diperlukan oleh sesebuah organisasi bagi melancarkan segala proses kerja
bagi mencapai objektif organisasi. Penggunaan sistem maklumat mampu menjimatkan
masa apabila tiada lagi borang-borang manual yang perlu diisi dan mampu
menjimatkan kos kesan dari segala proses mengemaskini data dan permohon boleh
dibuat melalui atas talian. Segala proses membuat keputusan akan dapat
dijalankan dengan lebih cepat dan mampu meningkatkan produktivit dan memberikan
tanggapan positif kepada organisasi luar. Selain itu juga persekitaran kerja
yang lebih baik dapat diwujudkan apabila tiada lagi kerja-kerja manual yang
remeh yang perlu diselesaikan. Kesemua ini mampu melahirkan pekerja yang mampu
bekerja dengan lebih proaktif dan sekaligus meningkatkan keuntungan kepada
organisasi.
No comments:
Post a Comment